PADA keseluruhannya Kaabah adalah suatu binaan mulia yang penuh dengan keberkatan. Al Tabrani meriwayatkan di dalam al-Mu`jam al-Kabir daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW menyatakan: “Sesungguhnya Allah menurunkan 120 rahmat ke atas Kaabah, setiap hari 60 untuk orang yang melakukan tawaf, 40 untuk orang yang solat dan 20 untuk orang yang memandangnya.”
Bagaimanapun, ada beberapa
bahagian Kaabah yang menjadi tumpuan dan perhatian lantaran kelebihannya.
Hajarul Aswad
Hajarul Aswad adalah sepotong
batu yang berasal dari syurga. Warna asalnya adalah lebih putih daripada susu.
Dikatakan ia menjadi hitam kerana luruhnya dosa manusia yang mengucupnya.
Pelbagai peristiwa sejarah dilalui oleh Hajarul Aswad. Hinggalah ke hari ini
yang masih tinggal daripada Hajarul Aswad adalah sebanyak lapan kepingan
sebesar biji tamar yang diikat pada lilin yang dicampur kasturi di dalam
lingkungan perak. Sesiapa yang ingin mengucupnya hendaklah meletakkan mukanya
ke atas kepingan itu.
Rukun Yamani
Rukun Yamani adalah penjuru
Kaabah yang bertepatan dengan Rukun Hajarul Aswad bagi orang yang sedang tawaf.
Ia adalah salah satu daripada dua rukun yang didirikan di atas asas binaan Nabi
Ibrahim. Rasulullah SAW menyentuh rukun itu ketika tawaf.
Hijr Ismail
Pada asalnya kawasan Hijr Ismail
termasuk dalam binaan Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim. Ia dikeluarkan dari
Kaabah ketika binaan Quraisy. Justeru, solat di dalamnya menyamai solat di
dalam Kaabah.
Multazam
Multazam adalah kawasan hadapan
Kaabah di antara Hajarul Aswad dan pintu kaabah. Dikatakan Multazam adalah
kawasan yang paling mustajab doa. Menurut sebahagian riwayat orang Quraisy
sebelum Islam menjadikan Multazam tempat melafazkan sumpah terutama bagi
menyelesaikan perbalahan di kalangan mereka.
Mizab
Mizab adalah pancuran emas yang
diletakkan bagi menjadi laluan air dari bumbung Kaabah masuk ke dalam Hijr
Ismail. Menurut sebahagian pendapat di bawahnya adalah di antara tempat paling
mustajab berdoa.
Syazarwan
Syazarwan adalah jubin yang
dibina di bahagian bawah dinding Kaabah. Tingginya lebih kurang dua kaki. Ia
diletakkan untuk menandakan saiz asal Kaabah yang dikurangkan ketika binaan
Quraisy berbanding binaan Nabi Ibrahim. Justeru, ia adalah sebahagian daripada
Kaabah. Bertawaf di atasnya atau sebahagian anggota badan di atasnya
menyebabkan tawaf tidak sah.
Kiswah
Kiswah adalah kelambu atau kain
yang menutupi Kaabah. Diriwayatkan orang pertama yang meletakkan kiswah Kaabah
adalah Tubba al Himyariyy As`ad Abi Karb. Kiswah Kaabah diperbuat daripada 658
kilogram sutera mentah yang ditenun. Ukurannya selepas siap ditenun adalah 658
meter persegi. Kos pembuatannya adalah 17 juta Riyal Arab Saudi. Kiswah akan
diganti dengan yang baru pada pagi 9 Zulhijah (hari Wuquf) setiap tahun.
Makam Ibrahim
Makam Ibrahim adalah batu yang
ada kesan dua tapak kaki Nabi Ibrahim. Batu itu sekarang ini diikat dengan
perak dan diletakkan di dalam sebuah tempat yang diperbuat daripada tembaga
berwarna keemasan. Menunaikan solat di sisi Makam Ibrahim adalah suatu yang
mempunyai kelebihan yang besar. Allah berfirman bermaksud : “Dan ingatlah
ketika kami jadikan Baitullah sebagai tempat berhimpun bagi manusia dan tempat
yang aman. Dan jadikanlah sebahagian dari Makam Ibrahim sebagai tempat solat.”
(Surah al-Baqarah, ayat 125)
Telaga Zamzam
Telaga Zamzam adalah sebuah
telaga di hadapan Kaabah di kawasan di antara Hajarul Aswad dan Multazam. Ia
dikatakan terbit daripada terjahan kaki Nabi Ismail. Ada riwayat yang
menyatakan ia terbit hasil pukulan sayap Jibrail. Kelebihan air dari Telaga Zamzam
ini dinyatakan di dalam beberapa hadis.
MAKAM IBRAHIM
Makam Ibrahim bukanlah kuburan
Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang
kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20
hasta di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu
dan di atas batu itulah Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan
Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya.
Di sini kita dituntut berdoa
selepas melakukan
sembahyang sunat tawaf 2 rakaat.
::)
Batu itu dipelihara Allah,
sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi
Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan
jelas dilihat.
Atas perintah Khalifah Al Mahdi
Al Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan
dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.
KISAH ASAL USUL BEKAS TAPAK
KAKI NABI IBRAHIM A.S (MAQAM)
Setelah Nabi Ismail bersetuju
untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka Nabi Ibrahim bersama
dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah S.W.T menunjukkan kepada
mereka tempat yang harus dibina Baitullah itu.
Ada dua riwayat yang mengatakan
bahwa Allah S.W.T meninggikan tapak Baitullah sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim
dan anaknya, tapak Baitullah tidak terkena bala bencana taufan sewaktu taufan
besar melanda.
Satu riwayat lagi mengatakan
bahwa tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya
binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda maka
sesungguhnya tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula kecuali Nabi
Ibrahim dan anaknya.
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail
memulakan pembinaan Baitullah. Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara Nabi
Ismail pula mengutip batu-batu besar seperti yang difirman oleh Allah S.W.T
yang bermaksud, “Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi
Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil keduanya berdoa
dengan berkata, “Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami
sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui.” (surah al-Baqarah
ayat 127).
Apabila binaan sudah meninggi,
Nabi Ismail, menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi
Ibrahim dan membina Baitullah sehingga ia siap pembinaannya. Maka dengan
kehendak Allah S.W.T sebaik saja Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar
itu, maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim sepertimana dapat kita melihatnya
sehingga hari ini dekat Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran Allah
S.W.T.
Apabila agama Islam datang, Allah
S.W.T mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang maqam Ibrahim sepertimana
firman Allah yang bermaksud, “Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim itu tempat
sembahyang.” (surah al-Baqarah ayat 125).
Telaga Zamzam
Telaga Zamzam (atau Zamzam Well,
atau Zamzam; B. Arab: زمزم) ialah telaga biasa
yang terletak di dalam Masjidil Haram di Makkah, hampir dengan Kaabah, tempat
paling suci dalam Islam.
Telaga zam-zam merupakan
satu-satunya sumber air bersih dari bawah tanah di Mekah satu ketika dahulu.
Umat Islam sangat mengambil berat tentang air zamzam ini untuk air wuduk dan
perubatan.
Mata air telaga Zamzam
Sejarah
Umat Islam percaya telaga zam-zam
dibina oleh Siti Hajar isteri kedua Nabi Ibrahim a.s dan ibu kepada anak Nabi
Ibrahim iaitu Nabi Ismail.Siti Hajar dan anak kecilnya Nabi Ismail kehausan di
kawasan gurun kering kontang . Lantaran itu Siti Hajar berlari anak 7 kali
antara Safa dan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu.Allah
menghantar malaikai Jibrail untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah
padang pasir itu. Lokasinya ialah tempat Nabi Ismail menghentak-hentak kaki dan
menangis. Siti Hajar mengepong kawasan mata air itu dengan batu-batu dan
memanggil zamzam yang bermaksud ‘kepung air’. Ketika itu Mekah belum ada
penduduk.
Datuk Nabi Muhamad s.a.w bernama
Abdul Muttalib telah menjaga, mengurus dan menjaga keselamatan satu-satunya
sumber air di kota Mekah zaman pra Islam.
Riwayat mengatakan sejarahnya
adalah berhubung kait dengan sejarah Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar (isteri
Nabi Ibrahim ) yang datang ke Makkah. Mengikut asal mula riwayat telaga ini
adalah seperti berikut; Nabi Ibrahim a.s. mempunyai dua orang isteri; Siti
Sarah (ibu Nabi Ishaq) dan Siti Hajar (ibu Nabi Ismail).
Pada satu ketika terjadi
pertelingkahan antara kedua isteri tersebut sehingga Siti Sarah bersumpah tidak
akan tinggal bersama-sama ibu Ismail dalam satu negeri. Kemudian turunlah wahyu
kepada Nabi Ibrahim supaya baginda bersama-sama anak dan isterinya (Ismail dan
Hajar) pergi ke Makkah. Di waktu itu Makkah belum didiami manusia, hanya
merupakan lembah pasir dan bukit-bukit yang tandus dan tidak ada air.
Apabila mereka tiba di Makkah,
mereka tinggal di bawah sepohon pokok yang kering. Di tempat inilah bangunan
Kaabah yang ada sekarang. Tidak berapa lama, kemudian Nabi Ibrahim meninggalkan
mereka dengan dibekalkan sekantong kurma dan sekibah air.
Siti Hajar memerhatikan sikap
suaminya yang menghairankan itu lalu bertanya ;
“Hendak
kemanakah engkau Ibrahim?”
“Sampai
hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini?”.
Pertanyaan itu berulang kali,
tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah kata jua pun.
Siti Hajar bertanya lagi;
“Adakah
ini memang perintah dari Allah?”
Barulah Nabi Ibrahim menjawab,
“ya”.
Mendengar jawapan suaminya yang
ringkas itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya hidupnya tentu
terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala
kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.
Selang beberapa hari, air yang
dibekalkan Nabi Ibrahim habis. Siti Hajar berusaha mencari air di sekeliling
sampai mendaki Bukit sofa dan Marwah berulang kali sehingga kali ketujuh (kali
terakhir ) ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara
yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya,
bahawa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air
itu adalah air zam-zam.
Di sini Siti Hajar bertemu dengan
Malaikat Jibril dan Jibril mengatakan kepadanya, ” Jangan khuatir, di sini
Baitullah ( rumah Allah ) dan anak ini (Ismail ) serta ayahnya akan mendirikan
rumah itu nanti. Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya”.
Air zam-zam mempunyai
keistimewaan dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan
dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di
sebut dalam sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, ” Dari Ibnu Abbas r.a.
katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: “sebaik-baik air di muka bumi ialah air
zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit “.
Riwayat – At Tabrani dan Ibnu Hibban.
Perkataan “zamzam” dipercayai
berasal daripada ungkapan “zomk-zomk” bermakna “berhenti mengalir” – yang
diluahkan oleh Siti Hajar dalam percubaannya menakung air yang berhamburan
keluar.
Menurut hadis, Abu Tharr
Al-Ghifari, sahabat Nabi Muhammad S.A.W, berkata semasa beliau mula-mula tiba
di Mekah pada zaman permulaan Islam, beliau hidup dengan meminum air zamzam
selama sebulan.
Maklumat fizikal
Telaga zamzam dalamnya 30 meter
sahaja dan kedalaman air hanya 3.32 meter. Dapat bayangkan. Ada beberapa punca
mata air di bawah 13 meter.
Ujian mengeluarkan air pada
kelajuan 8000 liter/second selama tempoh 24 jam menunjukkan paras air surut
dari para 3.23 meter kepada 12.72 meter dan kemudian 13.39 meter selepas itu.
Paras air kembali normal ke paras 3.9 meter selepas 11 minit.
Semasa ibadah umrah dan haji,
para jemaah telah meniru larian Siti Hajar dari Safa ke Marwa sebanyak 7 kali
yang dikenali ebagai ibadah Sae’i. Air zamzam dapat mengubat penyakit mental.
Jenazah yang meninggal dunia dimandikan dengan air zamzam.
Jabatan Geologi Arab Saudi telah
membuat kajian tentang cara pengurusan air zamzam dan menambah jumlah air bagi
menampung keperluan jemaah semasa menunaikan haji, membawa balik untuk
saudara-mara dan pelbagai tujuan lain.
Kajian menunjukkan air zamzam
mengandungi pelbagai mineral seperti kalsium, magnesium dan fluorida.
Sudah semestinya air Zamzam
adalah terbaik didunia.
Sumber : http://jalanakhirat.wordpress.com/