Sabtu, 31 Julai 2010

PERSIAPAN UNTUK MENGHADAPI RAMADHAN


Dari Abu Said r.a., katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tiada seorang hamba pun yang berpuasa sehari dengan niat fi-sabilillah ( yakni semata-mata menuju kepada ketaatan kepada Allah), melainkan Allah akan menjauhkan wajahnya - yakni dirinya (kerana puasanya tadi), sejauh perjalanan tujuh puluh tahun dari neraka." (Muttafaq 'alaih)

10 SENARAI SEMAK PERSIAPAN DAN PELAKSANAAN PUASA RAMADHAN

1) Niatkan rasa sukacita kita dalam hati akan kedatangan bulan suci Ramadhan kerana Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya, “Barang siapa yang dihatinya merasa gembira akan kedatangan bulan Ramadhan, maka Allah haramkan jasadnya untuk masuk neraka” – Al-hadith

2) Memohon ma’af kepada kedua-dua orang tua, suami isteri, anak-anak, saudara - mara dan para sahabat atau kerabat anda, oleh sebab setiap hari anda berhubung dengan mereka. Oleh itu, lupakanlah kesalahan saudara Muslim anda yang pernah terjadi selama anda berhubung dengan mereka.

3) Bersihkan pakaian taqwamu dari hadas, najis mahupun penyakit hati ( iri hati , dengki, hasad, menghasut, tamak, haloba, sombong, mencela, dendam, berbohong ) sebelum berpuasa , ketika menjalankan ibadah puasa mahupun sesudahnya.

4) Niatkan dalam hati untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan penuh kesungguhan dan sekuat tenaga untuk mejalankan juga ibadah – ibadah nafila (tambahan).

5) Tingkatkan Iman dan Taqwa, Selenggarakan & hadiri majlis ilmu di tempat anda.

6) Perbanyak membaca dan memahami Al-Qur’an Al-Karim, kalau mampu upayakan khatam 1 (satu) Juz sehari selama ibadah puasa dan jadikan amalan dalam hidup setelah Ramadhan berlalu.

7) Lakukan aktiviti biasa anda sehari-hari dan tingkatkan kualitinya selama Ibadah puasa, tinggalkan perbuatan maksiat dan perbuatan yang sia-sia tanpa nilai pahala

8) Tingkatkan amar ma’ruf nahi mungkar, saling menasihati di jalan Allah dan perbanyak bersabar.

9) Usahakan beri’tikaf ( berdiam diri / menginap di dalam Masjid untuk memperbanyak kegiatan ibadah) selama 10 (sepuluh) hari terakhir Ramadhan, sesuai dengan sunnah Rasulmu.


10) Ingatlah, bukan pakaian yang baru yang diterima di sisi Allah SWT tetapi kebagusan ibadah kita yang utama.dan bukan kuih-muih dan hidangan lauk-pauk di pandang Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan