Jumaat, 30 Julai 2010

SALAM PEMBUKA BICARA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pertamanya syukur ke hadrat Allah dengan lahirnya saluran komunikasi Masjid Sungai Isap Fasa 3 melalui laman blog ini. Insya-Allah dari semasa ke semasa laman ini akan dimanfaatkan untuk menyampaikan pelbagai maklumat kepada ahli kariah. Mudah-mudahan laman ini dapat dijadikan sebagai medium penyebaran dakwah dan publisiti program memakmurkan masjid. Kita berharap agar perkampungan kita akan terus dinaungi Rahmat dan beroleh keberkatan yang berpanjangan daripada Yang Esa. Amin!

1 ulasan:

  1. Tahniah diucapkan kepada anta kerana telah mengusahakan laman blog ini. Insyaallah, moga-moga ia dimanfaatkan oleh semua...Ketua Biro Proper

    BalasPadam