Isnin, 2 Ogos 2010

9 Persiapan Keluarga Muslim Bagi Menyambut Ramadhan (Marilah Sama- sama Kita Mengamalkannya)

1. Melatih diri berpuasa sunat pada bulan-bulan sebelum Ramadhan seperti puasa sunat bulan Rejab dan Syaaban.


2. Memperbanyak bacaan al-Qur’an / menghidupkan suasana penghayatan Al-Qur’an di dalam rumah.


3. Menghidupkan halakah / majlis ilmu khususnya dengan membaca kitab-kitab fikah berkait dengan ibadah puasa sebagai ulang kaji / persiapan bagi menghadapi Ramadhan.


4. Menghiasi rumah dan persekitarannya dengan sebaik mungkin bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.


5. Melancarkan tabungan khas sempena Ramadhan (derma) untuk disedekahkan kepada fakir miskin pada akhir Ramadhan bertujuan memupuk amalan berkorban dalam kalangan ahli keluarga.


6. Memupuk sifat kasih sayang dalam perhubungan dengan suami, isteri dan anak-anak.


7. Berbuat baik dengan ibu bapa, dan keluarga terdekat.


8. Memperbaik hubungan sesama jiran.


9. Memperbanyakkan munajat / berdoa agar dipertemukan dengan Ramadhan dalam keadaan sihat serta dapat menjalani ibadah puasa Ramadhan dengan sempurna.


Sumber : Kuliah Ustaz Alwee b Muda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan