"Telah kutinggalkan bagimu dua perkara yang tak akan tersesat kamu jika berpegang pada keduanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah (Hadits) Rasulnya." (H.R.Ibn.Abdul Barri)
Sabtu, 26 Mac 2011
Mohd. Syahriansyah Apin, Juara Akademi al-Quran musim kelima (AQ5)
Jumaat, 25 Mac 2011
Vandalisme manifestasi tak mensyukuri nikmat

Selasa, 22 Mac 2011
5 TIP KHUSYUK SOLAT

i. Membuat persiapan awal seperti pakaian, wuduk dan menunggu waktu solat. Dengan ini tidak ada istilah tergesa-gesa melakukan solat.
ii. Tomakninah (berhenti sejenak dari rukun ke rukun sampai salam). Kelakuan Rasulullah ketika solat contoh terbaik tomakninah. Rasulullah SAW ketika solat baginda melakukan tomakninah sehingga semua anggota badan baginda kembali pada tempatnya. (Hadis riwayat Abu Daud)
iii. Sentiasa ingat mati kerana mengingati mati akan memperelok solat dan menganggap solat yang dilakukan itu yang terakhir.
iv. Tadabbur (menghayati) ayat al-Quran, zikir dan bacaan lain yang dibaca ketika solat menjadikan hati diserap kekhusyukan.
v. Beranggapan ketika solat kita sedang menghadap Allah. Dengan demikian, seseorang akan menyedari bahawa dirinya sedang diperhatikan Allah, lalu mendorongnya mengerjakan solat secara bersungguh-sungguh dan ikhlas.
Sabtu, 19 Mac 2011
IKTIBAR DARIPADA MUSIBAH

Sidang Jumaat yang dirahmati sekalian Firman Allah dalam ayat 25 surah al-Anfal :
Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum) dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya. Sidang Jumaat yang dirahmati sekelian. Firman Allah Ta’ala: “Telah berlaku kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia.” (QS. Ar-Rum: 41) Hubungan langsung di antara maksiat dan kebinasaan berupa bencana alam samada gempa, ombak tsunami, letusan gunung berapi, tanah runtuh, banjir besar, ribut dan taufan dinyatakan dengan jelas oleh Allah SWT. Malangnya manusia sekular termasuklah di kalangan umat Islam yang sudah tidak berpandukan kepada petunjuk dan hidayah seringkali mengaitkan bencana dengan fenomena alam semata-mata. Mereka menggunakan fakta Sains untuk menerangkan kejadian gempa. Gempa itu dikatakan goncangan akibat dari tolakan dan desakan kepingan-kepingan tektonik yang desak mendesak di antara satu dengan lain. Akibat dari desakan dan tolakan ini maka satu plate tektonik akan menolak plate tektonik yang berlawanan dengannya. Akibatnya berlakulah gegaran. Jika epicentrenya terletak di dasar laut maka terbentuklah gelombang besar yang dikenali sebagai tsunami. Memang benar semua bencana bumi bolih diterangkan dengan penjelasan saintifik kerana semua kejadian di alam ini adalah menurut sunatullah. Namun pemikiran manusia tidak sampai kepada mencari jawapan kepada kenapa dunia ini bertindak sedemikian sehingga berlakunya kejadian seumpama gempa dan tsunami. Dari Anas bin Malik, beliau mengatakan pada Qatadah, “Sungguh aku akan memberitahu kepada kamu satu hadis yang tidak pernah didengar orang-orang sesudahku. Kemudian Anas mengatakan, “Di antara tanda-tanda hari kiamat adalah: sedikitnya ilmu dan tersebarnya kebodohan, minum arak dan merebaknya perzinaan.” (HR. Bukhari dan Muslim) Abdullah bin Mas’ud, berkata, “Tidaklah muncul perzinaan di sebuah negeri, kecuali Allah mengumumkan kehancurannya.” Abu Hurairah radhiyallah ‘anhu berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “tidak terjadi hari kiamat sehingga dihilangkannya ilmu, banyak gempa bumi, . . . .” (HR. Bukhari, no. 978). Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam duduk-duduk bersama para sahabatnya, lalu baginda bersanda; “Sebelum terjadinya kiamat akan terjadi kematian-kematian yang mengerikan, dan sesudahnya akan terjadi tahun-tahun di mana berlakunya gempa bumi.” – dari Salamah bin Nufail RA (Musnad Imam Ahmad) Ibnul Qayim rahimahullah dalam kitabnya Ad-Da’ Wa Ad-Dawa’ menyalin pelbagai riwayat tentang kejadian gempa dan perbuatan zina. Di antaranya seperti berikut: Yang pertama, Ibnu Abi Ad-Dunya rahimahullah meriwayatkan dari Anas bin Malik radhiallahu anhu, bahwasanya beliau dan seorang lagi masuk menemui ibunda ‘Aisyah radhiallahu anha, lalu orang tersebut berkata: “Wahai Ummul Mukminin! Beritahukanlah kepada kami tentang gempa.” Ibunda ‘Aisyah menjawab: “Apabila mereka telah memperbolehkan perzinahan, meminum khamer, memainkan alat musik, maka Allah subhanahu wa ta’ala marah di langit-Nya dan berfirman kepada bumi: ‘Bergoncanglah atas mereka!’ Jika mereka bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut (berhentilah), jika tidak, maka hancurkanlah mereka!” Orang tersebut berkata: “Wahai Ummul Mukminin! Apakah itu adzab atas mereka?” Beliau menjawab: “Itu adalah peringatan dan rahmat bagi orang-orang beriman, dan hukuman, adzab serta murka atas orang-orang kafir.” Yang kedua, Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah meriwayatkan dari Shafiyyah radhiallahu ‘anha, beliau berkata: “Bumi bergoncang di Madinah pada masa Umar radhiallahu anhu, lalu beliau berkata: ‘Wahai manusia! Ada apa ini? Alangkah cepat penyimpanganmu! Kalau sekiranya bumi telah kembali seperti semula aku tidak akan tinggal bersamamu di sana.’” Yang ketiga, Berkata Ka’ab rahimahullah, “Sesungguhnya terjadinya gempa bumi adalah apabila dilakukan kemaksiatan di atasnya, lalu bumipun bergetar takut apabila Allah Subhanahu wa Ta’ala mengetahuinya.” Riwayat-riwayat yang disebutkan Ibnul Qayim di atas diperkuat dengan hadis berikut: Dari Aisyah radliyallaahu ‘anha berkata, Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, perubahan muka (menukar ciptaan Allah) dan kerusuhan.” Aisyah berkata, “saya bertanya, wahai Rasulullah, apakah kami akan binasa padahal di tengah-tengah kami masih ada orang-orang shalih?” Beliau shallallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, “ya, yaitu apabila telah tersebar keburukan.” (HR. Tirmidzi. Dishahihkan Al-Albani dalam Shahih Jami’ al Shaghir 6/358 no. 8012) Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Tidakkah apa yang berlaku sebelum ini menimbulkan keinsafan kepada manusia? Amat malanglah sekiranya manusia masih lagi mencari-cari alasan untuk tidak mahu mengambil iktibar. Cakap-cakap berupa Negara kita berada di luar zon gempa, kita berada di luar lingkaran api Pasifik, kita berada di pelantar Sunda yang paling tohor di rantau ini dan paling stabil, sedang jiran-jiran kita di Sumatera dan Jawa berada di pertemuan dua kepingan tektonik yang sentiasa bergerak iaitu plate tektonik India dan Australia. Di selatan pulau Jawa pula terdapat jurang Jawa yang sangat dalam mencecah lebih 30,000 kaki dalamnya. Sebab itu Pulau Sumatera, Jawa, kepulauan Sunda Kecil sehingga Sulawesi dan Kepulauan Maluku terdapat lebih 500 gunung berapi aktif. Jangan lupa Gunung berapi Krakatoa di selat Sunda pernah meletup pada tahun 1883 dan membunuh tidak kurang dari 40,000 nyawa akibat tsunami yang tingginya mencecah 30m tingginya (melebihi 100 kaki) sedang tsunami yang berlaku di Jepun adalah pada ketinggian 10m (30 kaki). Danau Toba adalah bekas gunung berapi mega (caldera) yang pernah meletus 70,000 tahun lalu sehingga bumi dilitupi salji selama seribu tahun dan tidak ada hidupan yang dapat bertahan. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah. Orang yang merasa selamat dari azab Allah adalah orang yang amat malang. Kita amat bimbang kemakmoran yang dikecapi oleh kita selama ini merupakan istidraj, satu ujian dari Allah untuk terus menjadikan kita leka dan alpa. Di masa yang sama harta melimpah ruah dan manusia semakin tenggelam dalam maksiat dan keseronokan tanpa batas. Akhirnya apabila Allah menurunkan azabnya, kita langsung manjadi manusia yang berputus asa, Nauzubillahi minzalik. Tidak ada sebab kini kita merasa selesa. Perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara menunjukkan bilangan anak-anak zina yang didaftarkan pada tahun lepas mencecah 70,000 orang. Berdasarkan kepada hadis-hadis Nabi yang diutarakan tadi, kita termasuk di kalangan mereka yang berisiko akan ditimpa oleh bala. Jangan sekali-kali merasa selesa kerana berada di luar zon gempa. Bumi ini milik Allah SWT dan bolih memerintahkan mana-mana bahagian bumi ini dengan kehendaknya. Allah Ta’ala berfirman:
“Lalu Dia (Allah) berkata kepadanya (langit) dan kepada bumi, ‘datanglah kamu berdua menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa’. Keduanya menjawab, ‘kami datang dengan suka hati’.” (QS. Fushilat: 11). Bumi tidak bergerak dan bergeser sehingga terjadi musibah gempa kecuali dengan perintah dan izin dari Allah Ta’ala, penguasa alam semesta.
|
Isnin, 14 Mac 2011
Solat, doa mesti dijiwai, difahami sepenuh hati supaya diterima
Oleh Azizah Jabar
Rabu, 9 Mac 2011
Gerakan Islam alternatif pemikiran tradisional

Oleh Imlan Adabi
imlanadabi@bharian.com.my
imlanadabi@bharian.com.my
Sabtu, 5 Mac 2011
Islam tapi tidak beriman
TENTU ada antara kita yang pernah tertanya-tanya pecahan penduduk dunia mengikut agama. Wikipedia mencatatkan bahawa jumlah penganut agama Kristian adalah antara 2 hingga 2.2 bilion, Islam 1.570 hingga 1.650 bilion, Hindu 828 juta hingga 1 bilion dan Buddha 400 juta hingga 1.5 bilion. Lain-lain agama lebih kecil angkanya.
Itu kata Wikepedia. Sudah tentu sebarang perangkaan boleh dipertikaikan. Maka Islamic population.com pula menegaskan bahawa jumlah orang Islam di planet bumi ini ialah 1.82 bilion pada 2009.
Di sebalik tidak muktamadnya perangkaan, yang pasti ialah jumlah orang Islam cukup ramai. Mungkin lebih ramai daripada penganut Kristian, yang agama asalnya dibawa oleh Nabi Isa lebih 500 tahun sebelum Islam.
Perangkaan ini sepatutnya menjadi kebanggaan umat Islam, tetapi realitinya tidak begitu. Kita akan menundukkan kepala apabila membandingkan kualiti sebilangan besar umat Islam pada hari ini dengan bukan Islam, dan umat Islam dahulu.
Dari sudut sejarah, seabad selepas kewafatan Rasulullah SAW, Islam berkembang pesat hingga ke Eropah dan menjadi pembimbing kepada ketamadunan manusia sejagat. Pada zaman kegemilangan Islam, lahirlah empayar demi empayar - Ummayah, Abassiyah, Fatimiyah , Mughal dan Othmaniyah - yang bukan sahaja perkasa dari segi kuasa ketenteraan, malah amat ke depan di bidang ekonomi, sains dan teknologi.
Amat kita ketahui bahawa pusat-pusat ketamadunan Islam pada masa itu telah melahirkan para saintis, ahli matematik, ahli falak, ahli falsafah dan doktor yang terkemuka pada zaman tersebut. Mereka adalah pelopor kepada ketamadunan dunia moden.
Bagaimanapun zaman kegemilangan itu berakhir bersama kemusnahan Empayar Othmaniyah pada 1923. Sejak itu, orang Islam bukan lagi jadi bangsa penakluk, tetapi ditakluki hingga ke zaman sekarang. Umat Islam jadi bangsa yang dihina, dizalimi dan dianiayai bukan sahaja oleh bukan Islam, malah sesama Islam.
Pelbagai pandangan diberikan oleh tokoh-tokoh reformis Islam, tetapi keadaan ummah pada zaman pasca kegemilangan tetap tidak banyak berubah. Diseru supaya bersatu, tetapi tetap berpecah. Disuruh pantas maju di bidang sains, inovasi dan teknologi, sebilangan besar umat Islam lebih senang hati sekadar menjadi masyarakat pengguna.
Malah pada era pra-peristiwa pengeboman New York 9/11, umat Islam yang kaya di rantau Arab sangat kalut kerana segala pelaburan mereka mengalir ke Barat. Begitu juga mereka sangat bergantung kepada kemahiran Barat untuk membangunkan negara masing-masing dengan upahan wang petrol mereka.
Teknokrat dari lain-lain negara Islam Islam ditakrif ‘kelas kedua’ sekalipun mempunyai kepakaran yang dihormati oleh rakan-rakan mereka dari Barat. Jika diambil bekerja, gaji mereka terlalu kecil berbanding teknokrat Barat.
Nah, ada baiknya bagi kita di Malaysia. Selepas peristiwa 9/11, semakin ramai pelabur dan pelancong Arab bertukar haluan ke sini walaupun angkanya patut lebih besar.
Di ruangan ini minggu lalu telah dibangkitkan persoalan - umat Islam sepatutnya memimpin, kenapa tidak nampak sebarang tanda yang kita akan kembali menjadi umat yang memimpin?
Pelbagai seminar dan forum telah diadakan bagi mencari penyelesaian, tetapi kita masih belum bertemu jawapan yang benar-benar boleh menjamin umat Islam kembali ke zaman kegemilangan seperti dulu.
Tidak terfikirkah kita apa rahsia kejayaan Nabi Muhammad SAW yang berjaya mengembangkan Islam sehingga umatnya berjumlah hampir dua bilion sekarang. Rasulullah yang buta huruf mengembangkan Islam hanya dengan berbekalkan keyakinan (iman) dan ketaatan (takwa) kepada Allah S.W.T. Sumber ilmu ialah wahyu-wahyu yang tersusun sebagai kitab al-Quran.
Petunjuk
Al-Quranlah yang menjadi petunjuk kepada Nabi Muhammad, para sahabat baginda dan umat pada zaman khalifah sehingga Islam mencapai zaman kegemilangannya. Apakah kehancuran zaman kegemilangan itu gara-gara umat Islam tidak lagi menjadikan al-Quran sebagai petunjuk? Ayat-ayat Quran lebih hebat didendang daripada dihayati dan dipatuhi.
Atau barangkali mereka tidak lagi memahami segala petunjuk dan mengingkari perintah-perintah dalam Quran.
Dan al-Quran ini adalah suatu kitab yang mempunyai berkat yang telah kami turunkan, maka mengapakah kamu mengingkarinya? - 21:50
Maka jadilah orang Islam seperti umat-umat sebelumnya yang melupai petunjuk dan perintah Allah sekalipun diturunkan beberapa kitab dan nabi demi nabi yang tugas utama mereka menyeru umat manusia supaya beriman dan bertakwa kepada Yang Maha Berkuasa.
‘‘Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri (negara bangsa) beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatan mereka.” - 7:96
Cerminlah diri kita, apakah umat Islam kini juga tidak lagi beriman dan bertakwa, tetapi sekadar beragama Islam sahaja.
Sehingga bertemu lagi di minggu depan, renungilah hadis riwayat Tarmizi ini yang cukup jelas maksudnya.
“Dari Tsauban ia berkata: Rasulullah Saw bersabda: “Suatu masa nanti, bangsa-bangsa (lain) akan berebut kamu semua seperti orang-orang sedang makan yang berebut makanan di atas dulang”. Kemudian ada sahabat yang bertanya: “Apakah masa itu kita (kaum Muslimin) berjumlah sedikit?"
Rasulullah S.A.W. menjawab: “Sebaliknya, jumlah kamu ketika itu banyak, namun kamun hanyalah bak buih di atas air bah [yang dengan mudah dihanyutkan ke sana ke mari]. Dan Allah SWT akan mencabut rasa takut dari dalam diri musuh-musuh kamu terhadap kamu, sementara Dia meletakkan penyakit wahn dalam hati kalian.” Ada sahabat yang bertanya lagi: “Wahai Rasulullah S.A.W, apakah wahn itu?" beliau menjawab: “Cinta dunia dan takut mati.”
Tentulah kita amat arif tentang masa atau zaman yang Rasulullah bayangkan lebih 1400 tahun lalu itu.
Sumber : http : //www.utusan.com.my/
Khamis, 3 Mac 2011
Persediaan Sebelum Tidur

Hadith:
DIRIWAYATKAN daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid, meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.
Riwayat al-Bukhari
Huraian Hadith:
Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW.
Dalam suatu riwayat menerangkan: "Daripada 'Aisyah r.a katanya: "Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. (at-Tirmizi)
Selain itu sebelum tidur baginda menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur.
Oleh itu kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum tidur.
Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula, baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur semula.
Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud hadis di atas.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia