Sabtu, 25 Januari 2014

Wajah manis seorang pejuang


Wajah manis seorang pejuang

Tarikh 25 Januari dikau disemadikan

Seluruh umat menangis hiba

Atas pemergianmu dari alam dunia.


Bersemadilah dengan tenang

Mendapat rahmat daripada Pencipta Agung

Walau pemergianmu ditangisi manusia bumi

Namun dikau dinanti-nanti makhluk di langit.


Belasungkawa Tuan guruku yang dicintai

Perjuanganmu akan kuteruskan

Semoga umat manusia mengerti

Islam harus dijulang tinggi.



Tegasmu dikenali lawan dan kawan

Penat lelahmu dalam berjuang tak kenal siang dan malam

Andaikata dicari ganti amat tak kesudahan

Doakan agar timbul pula pejuang sehebat tuan.


Suhazeli Abdullah
De Palma Kuala Lumpur

Sumber : http : //www.harakahdaily.com.my/


Tiada ulasan:

Catat Komen