Riyadh : Kerajaan Arab
Saudi mengeluarkan peraturan baru tidak mengeluarkan visa haji kepada golongan
tua dan mereka yang mempunyai penyakit kronik tahun ini bagi mengelak
penyebaran Sindrom Pernafasan Asia Barat - Virus Korona (MERS-CoV).
Menurut pengumuman Kementerian
Kesihatan negara itu, peraturan itu akan berkuat kuasa pada musim haji tahun
ini dan musim umrah berikutnya.
Kami juga mahu mendapatkan
maklumat mengenai usia warga emas yang tidak diberikan visa kerana mengikut
takrifan Tabung Haji golongan terbabit adalah dalam kalangan mereka berusia 75
tahun ke atas,” Anis Zuhani Ahmad, Pengurus Besar Hal-Ehwal Awam dan Komunikasi
Korporat Kumpulan Tabung Haji
Bagaimanapun jurucakap
kementerian, Khalid Al-Mirghalani tidak menetapkan had umur namun berkata,
golongan tua yang lemah dan tidak sihat dari segi perubatan tidak akan
dipertimbangkan mendapat visa.
Beliau memberitahu Arab News,
Kedutaan Arab Saudi di luar negara akan mematuhi arahan tegas kementerian yang
dihantarnya menerusi Kementerian Luar itu.
Di Kuala Lumpur, Pengurus Besar Hal-Ehwal Awam dan Komunikasi
Korporat Kumpulan Tabung Haji, Anis Zuhani Ahmad, berkata sehingga kini
pihaknya belum menerima surat daripada Kerajaan Arab Saudi mengenai arahan
terbaru itu.
“Kami juga mahu mendapatkan maklumat
mengenai usia warga emas yang tidak diberikan visa kerana mengikut takrifan
Tabung Haji golongan terbabit adalah dalam kalangan mereka berusia 75 tahun ke
atas,” katanya.
Selain itu, Arab Saudi juga tidak
akan mengeluarkan visa haji dan umrah kepada mereka yang menghidap penyakit
kronik seperti kencing manis, jantung dan buah pinggang.
“Jemaah lain dikecualikan adalah
pesakit kecacatan imun, penyakit serius, wanita hamil dan kanak-kanak,” kata
jurucakap itu.
Virus baru korona itu menjangkiti
66 orang, termasuk 38 kematian sejak September tahun lalu di negara pentadbiran
diraja itu.
Kementerian Kesihatan negara itu
katanya, mengambil semua langkah pencegahan bagi memerangi penyebaran penyakit
itu dengan bantuan pakar perubatan tempatan dan antarabangsa termasuk pihak
berkuasa daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Sebagai tambahan kepada syarat
itu, katanya kementerian menggariskan peraturan kuarantin di negara ini.
Ia termasuk sijil sah vaksinasi
meningitis, 10 hari sebelum jemaah berangkat ke bandar suci Makkah dan Madinah
serta vaksinasi polio oleh jemaah dari negara di mana penyakit itu berleluasa.
Ada juga syarat pilihan vaksin ke
atas influenza sebagai langkah berjaga-jaga ke atas serangan selesema,
tambahnya.
Katanya, kementerian menegaskan
jemaah supaya menjaga kebersihan diri dengan betul. Mereka juga perlu
memastikan masakan bersih, simpanan, pengangkutan dan kaedah hidangan bagi
mengelak cirit-birit, muntah, keracunan makanan, disentri, demam kepialu dan
taun. - AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan